Kemas kini dengan Instagram Stories yang lebih besar tersebut dilihat turut terkesan kepada pengguna Android dan iOS. Tidak dipastikan adakah kemas kini akan kekal atau Instagram sedang menguji reka bentuk baharu pada aplikasi mereka.
Instagram kini dilihat sedang dalam usaha menambahbaik aplikasi dengan membawakan pelbagai ciri baharu. Buat masa ini, pihak Meta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kemas kini tersebut.