Nothing menjanjikan kemaskini Android sehingga 3 tahun untuk Phone (2) - FUZZ.MY

Thursday, June 1, 2023

Nothing menjanjikan kemaskini Android sehingga 3 tahun untuk Phone (2)


Biarpun, Nothing Phone (2) belum lagi dilancarkan namun, pihak Nothing telahpun memberikan beberapa maklumat awal mengenai peranti tersebut.


 

Terbaru, Nothing melalui Twitter rasmi mereka menyatakan yang Nothing Phone (2) akan menerima kemaskini Android sehingga 3 tahun dan kemaskini keselamatan sehingga 4 tahun. Dengan sokongan kemaskini yang lebih panjang, bermakna peranti ini boleh digunakan dengan lebih lama dan kekal relevan dalam jangka masa yang panjang.


Selain Nothing, beberapa pengeluar lain turut menawarkan kemaskini yang lebih panjang untuk peranti mereka. Antara pengeluar yang menawarkan kemaskini yang lebih panjang adalah seperti Samsung, Google. Honor dan Xiaomi.