Rekaan hadapan dan belakang Nothing Phone (2) didedahkan - FUZZ.MY

Friday, June 30, 2023

Rekaan hadapan dan belakang Nothing Phone (2) didedahkan



Menjelang pelancarannya yang akan berlangsung pada 11 Julai ini. Nothing secara rasmi telahpun mendedahkan beberapa maklumat mengenai peranti mereka yang seterusnya. Dalam perkongsian terbaru, Nothing telah memperlihatkan rekaan hadapan dan belakang Nothing Phone (2).



Berdasarkan dari perkongsian tersebut, memperlihatkan rekaan hadapan peranti ini akan hadir dengan rekaan skrin yang nipis dan simetri. Kamera swafoto kini diletakkan pada bahagian tengah dan bingkai sisi masih menggunakan rekaan jenis rata. Nothing Phone (2) dijangka akan hadir dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.7-inci 120Hz.



Pada bahagian belakang, dapat dilihat peranti ini akan hadir dengan binaan dari aluminium bersama rekaan sisi yang sedikit melengkung tidak seperti Nothing Phone (1) yang menggunakan rekaan sisi berkotak. Turut dapat dilihat, lampu ikonik iaitu Glyph kini tampil dengan rekaan baharu yang putus-putus.


Dengan pelancarannya yang akan berlangsung dalam masa dua minggunsahaja lagi, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.