Siri HONOR 90 akan dilancarkan secara global pada 6 Julai ini - FUZZ.MY

Tuesday, June 13, 2023

Siri HONOR 90 akan dilancarkan secara global pada 6 Julai ini


HONOR secara rasmi mengumumkan yang siri HONOR 90 akan ditawarkan secara global pada Julai ini. Maklumat tersebut dikongsi melalui Twitter rasmi HONOR, turut berkongsi acara pelancaran yang akan berlangsung pada 6 Julai ini. 


Walaubagaimanapun, perkongsian tersebut tidak mendedahkan model yang akan ditawarkan untuk pasaran global. Di China, peranti ini ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu HONOR 90 dan HONOR 90 Pro. Selain itu, tidak dapat dipastikan adakah spesifikasi sama yang akan ditawarkan atau sebalinya.

Dengan tarikh pelancaran yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan mengenai peranti ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.