Stesen pengecas EV dari Pos Malaysia ini akan tersedia di 6 lokasi Pejabat Pos Malaysia iaitu di Shah Alam, Ipoh, Melaka, Seremban, Alor Setar dan Johor Bahru. Stesen pengecas EV ini akan dibuka setiap hari bermula 7 pagi sehingga 11 malam.
Dari segi penawaran pengecasan, stesen pengecas EV ini menyokong pengecas jenis DC dengan kuasa 40 kW, mampu mengecas sehingga 80% hanya dalam masa 60 minit hingga ke 90 minit. Namun, ia bergantung kepada model EV dan teknologi sokongan pengecasan.
Pos Malaysia turut merancang untuk memperluaskan penawaran stesen pengecas EV di lebih banyak Pejabat Pos, dalam masa yang sama menambah lebih banyak ruang pengecasan bagi memudahkan pemilik EV atau pelanggan Pos Malaysia untuk mengecas kenderaan mereka.
Penawaran stesen pengecas EV di Pos Malaysia merupakan salah satu usaha ke arah negara rendah karbon dalam masa yang sama menyediakan penyelesaian mobiliti serta memperluaskan akses kepada sumber tenaga yang mampan.