TNG GOpinjam catat jumlah pinjaman RM91.1 juta – 55% peminjam adalah di bawah umur 30 tahun - FUZZ.MY

Monday, June 19, 2023

TNG GOpinjam catat jumlah pinjaman RM91.1 juta – 55% peminjam adalah di bawah umur 30 tahun

Touch 'n Go (TNG) sebelum ini telahpun memperluaskan perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan GOpinjam, program pinjaman peribadi mudah yang disediakan melalui Touch 'n Go eWallet.


Bercakap mengenai GOpinjam, Kementerian Kewangan mendedahkan pinjaman melalui kaedah tersebut telah mencatat nilai sekitar RM91.1 juta sehingga penghujung Mac 2023 dengan 88,620 peminjam direkodkan.


Berdasarkan dari jumlah tersebut, 55% peminjam adalah berumur dibawah 30 tahun dengan purata pinjaman sekitar RM1500 seorang. Dengan kadar peratus yang tinggi untuk peminjam dibawah umur 30 tahun ia dilihat sangat merisaukan.


Kementerian Kewangan melalui jawapannya di parlimen menyatakan, semua institusi kewangan yang dikawal-selia oleh BNM perlu mematuhi arahan yang digariskan oleh BNM dalam memastikan layanan adil kepada pengguna dan melindungi pengguna dari bebanan hutang berlebihan.


TNG bukanlah satu-satunya penyedia yang menawarkan program pinjaman peribadi mudah. Shopee dan BigPay adalah antara yang turut menawarkan program yang sama.


(Sumber)