Berikutan dari itu, WhatsApp kini hadir dengan dua fungsi privasi baharu iaitu Silence Unknown Callers dan Privacy Checkup. Kedua-dua fungsi ini menawarkan peningkatan privasi yang lebih baik untuk panggilan dan mesej.
Untuk fungsi Silence Unknown Callers, ia membolehkan pengguna menetapkan pilihan untuk senyapkan semua panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Fungsi ini juga dapat membantu untuk menapis panggilan berbentuk spam atau penipuan. Namun begitu, pengguna masih boleh melihat nombor pemanggil pada bahagian log panggilan.
Manakala untuk fungsi Privacy Checkup pula, ia membolehkan pengguna mengawal taap privasi mengikut keperluan sendiri seperti siapa yang boleh melakukan panggilan suara, kawal maklumat peribadi yang boleh diakses, kawal privasi perbualan dan banyak lagi.
Untuk mula menggunakan fungsi ini, pastikan aplikasi WhatsApp telah dikemas kini kepada yang terkini. Kemas kini boleh dibuat melalui App Store dan Play Store.