Aplikasi ChatGPT kini tersedia untuk pengguna Android - FUZZ.MY

Wednesday, July 26, 2023

Aplikasi ChatGPT kini tersedia untuk pengguna Android


Selepas ditawarkan pada pengguna iOS, OpenAI kini sedia untuk membawakan aplikasi ChatGPT (Chat Generative Pre-trained Transformer) kepada pengguna Android.


Dengan pengumuman tersebut, aplikasi ChatGPT kini boleh dimuat turun untuk pengguna Android. Namun begitu, buat masa ini ia hanya tersedia di 4 negara sahaja iaitu India, Amerika Syarikat, Bangladesh dan Brazil, sebelum akan diperluaskan kepada lebih banyak negara.

Buat yang tidak mengetahui, ChatGPT dibangunkan oleh OpenAI dan dilancarkan pada November 2022. Merupakan perkhidmatan kecerdasan buatan yang boleh digunakan untuk melakukan sejumlah tugasan seperti menulis puisi, artikel, kod program, skrip dan sebagainya. 


 

Seperti pada iOS, ChatGPT Plus dijangka akan turut tersedia untuk pengguna Android. Menawarkan masa respon yang lebih pantas, perkhidmatan boleh diakses pada waktu puncak dan juga akses awal untuk fungsi baharu.


Pada ketika ini, aplikasi ChatGPT pada iOS telahpun tersedia untuk pengguna tempatan. Sehubungan dengan itu, kita mungkin boleh menjangkakan yang versi Android mungkin akan dilepaskan tidak lama lagi.