Data pengguna TM dilaporkan diceroboh – Pengguna Unifi diberi amaran supaya berwaspada - FUZZ.MY

Wednesday, July 12, 2023

Data pengguna TM dilaporkan diceroboh – Pengguna Unifi diberi amaran supaya berwaspada


Sejumlah pengguna Unifi dilaporkan telah menerima mesej pesanan ringkas (SMS) atau emel yang memaklumkan terdapatnya pelanggaran data yang melibatkan beberapa maklumat pelanggan Unifi. 



 

Melalui SMS tersebut, TM menyatakan terdapatnya pelanggaran data yang melibatkan maklumat sebahagian pelanggan Unifi mungkin telah diceroboh. Berikutan dari itu, langkah keselematan tambahan dan pengasingan risiko telah dilaksana untuk melindungi pelanggan kami. Pihak berkuasa yang berkaitan juga telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut.


 

Dalam masa yang sama, pihak TM turut menyatakan permohonan maaf di atas kesulitan yang berlaku dan akan terus komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka.


TM turut memberikan peringatan kepada pengguna Unifi yang menerima SMS untuk sentiasa berwaspada kepada sebarang bentuk aktviti penipuan.


Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah pelanggaran data ini berkaitan dengan insiden kebocoran data yang berlaku pada awal tahun ini.


(Sumber)