Elon Musk ucap selamat tinggal kepada Twitter – Tukar nama dan logo baru - FUZZ.MY

Monday, July 24, 2023

Elon Musk ucap selamat tinggal kepada Twitter – Tukar nama dan logo baru


Nama Twitter dan logo "burung biru" akan menjadi lipatan sejarah selepas Elon Musk mengumumkan yang Twitter akan dijenamakan semula. Berikutan dari itu, Twitter akan menggunakan nama X dan logo X seperti mana syarikat utama Elon Musk iaitu X Corp.


 

Penjenamaan semula Twitter adalah sebahagian rancangan untuk menjadikan semua aplikasi dan perkhidmatan diseragamkan dengan menggunakan nama dan logo X. Selain itu, penjenamaan semula ini adalah era baharu yang akan membezakan Twitter selepas diambil alih oleh Elon Musk.


Seiring dengan penjenamaan ini, Elon Musk akan membawakan beberapa fungsi baru pada Twitter. Tiada lagi Twitter.com akan digunakan sebaliknya akan menggunakan X.com sebagai medium untuk penghantaran e-mel.


 

Buat masa ini, Elon Musk belum lagi mendedahkan nama dan logo baharu untuk Twitter. Nama dan logo baharu tersebut dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.