Glyph Composer kini boleh dimuat turun pada Nothing Phone (1) - FUZZ.MY

Wednesday, July 12, 2023

Glyph Composer kini boleh dimuat turun pada Nothing Phone (1)


Seiring dengan pelancaran Nothing Phone (2) yang berlangsung pada malam tadi. Nothing turut melepaskan aplikasi baharu iaitu Glyph Composer untuk Nothing Phone (1). Yang mana, Glyph Composer mula diperkenalkan pada Nothing Phone (2).



Melalui Glpyh Composer, ia membolehkan pengguna untuk menghasilkan bunyi dan corak Glyph yang tersendiri. Seterusnya, boleh digunakan sebagai nada dering untuk telefon atau notifikasi. Selain itu, Glyph Composer turut boleh disimpan dan dikongsi kepada pengguna Nothing Phone yang lain.


 

Nothing turut bekerjasama dengan Swedish House Mafia dalam penghasilan Glyph Composer untuk memberikan bunyi yang lebih ekslusif. Sekiranya anda pengguna Nothing Phone, boleh muat turun Glyph Composer di sini.