Kerajaan umum Pakej Perpaduan Allo berharga RM69 dengan kelajuan 100Mbps - FUZZ.MY

Friday, July 28, 2023

Kerajaan umum Pakej Perpaduan Allo berharga RM69 dengan kelajuan 100Mbps


Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan Pakej Perpaduan Allo, merupakan pakej yang sama seperti Allo City Broadband tapi ditawarkan dengan harga lebih mampu milik.



Pakej ini ditawarkan melalui Allo Technology Sdn. Bhd (Allo) yang merupakan subsidiari kepada Tenaga Nasional Berhat (TNB). Pakej Perpaduan Allo ini ditawarkan pada harga RM69 dengan kelajuan 100Mbps.


Pakej ini tersedia untuk semua warga Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas, pesara tentera, PDRM dan Maritim, orang kelainan upaya (OKU) dan juga B40. Penawaran pelan jalur lebar ini adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam usaha untuk menawarkan capaian rangkaian yang lebih mampu milik.


Pakej Perpaduan Allo ini adalah pakej yang sama ditawarkan oleh Allo City Broadband sebelum ini. Berikutan dari itu, pakej ini akan diguna pakai kepada pelanggan sedia ada sekiranya layak, menerima kelebihan seperti pengguna baharu.


Setiap langganan pakej perpaduan Allo ini didatangkan dengan kontrak selama 24 bulan. Maklumat lanjut mengenai pakej perpaduan Allo, layari laman web rasmi City Broadband.