Kerajaan umum pemberian kredit e-Tunai RM100 kepada rakyat berpendapatan bawah RM100,000 - FUZZ.MY

Thursday, July 27, 2023

Kerajaan umum pemberian kredit e-Tunai RM100 kepada rakyat berpendapatan bawah RM100,000



Kerajaan bersetuju untuk memberikan kredit e-Tunai bernilai RM100 kepada semua rakyat yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.


 

Pemberian kredit e-Tunai RM100 akan melibatkan dana sekitar 1 billion dan dijangka akan dimanfaatkan lebih dari 10 juta rakyat Malaysia. Pemberian ini akan merangkumi golongan B40 dan M40 yang berumur 21 tahun dan ke atas.


Namun begitu, kerajaan buat masa ini belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai medium untuk pemberian kredit e-Tunai RM100. Maklumat lebih lanjut mengenai pemberian kredit e-Tunai RM100 ini dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, kerajaan telahpun memberi kredit e-Tunai Belia Rahmah bernilai RM200, ditawarkan kepada golongan belia yang berusia 18 sehingga 20 tahun atau kepada yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan.