Nothing Phone (2) dilancarkan – Snapdragon 8+ Gen 1, bateri 4700mAh dan LED Glyph baharu - FUZZ.MY

Tuesday, July 11, 2023

Nothing Phone (2) dilancarkan – Snapdragon 8+ Gen 1, bateri 4700mAh dan LED Glyph baharu


Nothing secara rasminya melancarkan pengganti kepada model sebelumnya iaitu Nothing Phone (2). Merupakan sebuah peranti premium, dijana dengan cip andalan dari siri Snapdragon 8 bersama dengan rekaan LED Glyph baharu.



Dari segi spesifikasi, Nothing Phone (2) dilengkapi dengan skrin flexible OLED LTPO bersaiz 6.7-inci dengan paparan adaptif 1Hz - 120Hz. Ia juga turut menyokong kandungan HDR10+, 10 bit color, 240Hz touch sampling rate dan juga kecerahan puncak pada 1600 nits. Skrin peranti ini turut dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5.




Dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Bateri 4700mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 45W, pengecasan tanpa wayar 15W dan 5W pengecasan berbalik.



Untuk fotografi, Nothing Phone (2) masih lagi tampil dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX890+ 50MP ultra lebar Samsung JN1. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP Sony IMX615.




Lampu ikonik Nothing iaitu LED Glyph kini tampil dengan pelbagai fungsi menarik seperti Glyph Progress, Glyph Torch, Volume Indicator, Auto Brightness dan Glyph Timer. Spesifikasi lain yang turut hadir pada Nothing Phone (2) adalah pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari, penarafan IP54 dan menjalankan Nothing OS 2.0 berasaskan Android 13.



Nothing Phone (2) ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu White dan Dark Grey. Untuk pasaran Eropah, ia dijual pada harga bermula dari $599 (RM2789). Manakala untuk penawaran di Malaysia, ia hanya akan diketahui pada acara pelancarannya pada 14 Julai ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.