Nothing Phone (2) kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM2999 - FUZZ.MY

Friday, July 14, 2023

Nothing Phone (2) kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM2999


Selepas dilancarkan secara global pada 11 Julai yang lalu, Nothing Phone (2) kini turut ditawarkan untuk pasaran tempatan. Melaluinya, hadir dengan rekaan yang lebih premium bersama dengan rekaan LED Glyph baharu.


Nothing Phone (2) dilengkapi dengan skrin flexible OLED LTPO bersaiz 6.7-inci dengan paparan adaptif 1Hz - 120Hz. Ia juga turut menyokong kandungan HDR10+, 10 bit color, 240Hz touch sampling rate dan juga kecerahan puncak pada 1600 nits. Skrin peranti ini turut dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5.


Dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Bateri 4700mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 45W, pengecasan tanpa wayar 15W dan 5W pengecasan berbalik.




Untuk fotografi, Nothing Phone (2) masih lagi tampil dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX890+ 50MP ultra lebar Samsung JN1. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP Sony IMX615.


Selain tampil dengan sistem operasi baharu Nothing OS 2.0, lampu ikonik Nothing iaitu LED Glyph turut hadir dengan pelbagai fungsi menarik seperti Glyph Progress, Glyph Torch, Volume Indicator, Auto Brightness dan Glyph Timer. Spesifikasi lain yang turut hadir pada Nothing Phone (2) adalah pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari dan penarafan IP54.


Di Malaysia, Nothing Phone (2) ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu 12GB + 256GB RM2999 dan 12GB + 512GB RM3499. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu White dan Dark Grey.

Bagi yang berminat, Nothing Phone (2) boleh mula dibeli bermula 15 Julai jam 11 pagi di Crossover, MidValley Kuala Lumpur.