Siri iPhone 15 dilaporkan hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar - FUZZ.MY

Wednesday, July 5, 2023

Siri iPhone 15 dilaporkan hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar


Siri iPhone 15 bukan sahaja akan hadir dengan pelbagai spesifikasi menarik tetapi akan turut hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar. Laporan ini semestinya sedikit sebanyak mengembirakan peminat Apple di seluruh dunia.

Sumber : Apple Hub

Menurut laporan, kesemua model iPhone 15 iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akan menggunakan kapasiti bateri yang lebih besar dari model sebelumnya.


Kapasiti bateri untuk siri iPhone 15.

  • iPhone 15 3877mAh
  • iPhone 15 Plus 4912mAh
  • iPhone 15 Pro 3650mAh
  • iPhone 15 Pro Max 4852mAh

Kapasiti bateri untuk siri iPhone 14.

  • iPhone 14 3279mAh
  • iPhone 14 Plus 4323mAh
  • iPhone 14 Pro 3200mAh
  • iPhone 14 Pro Max 4323mAh

Jika dilihat secara kasar, peningkatan kapasiti bateri yang paling tinggi adalah pada iPhone 15 dengan 15% manakala peningkatan paling sedikit adalah pada model iPhone 15 Pro Max iaitu sekitar 11%. 


Dengan peningkatan ini, kita mungkin boleh menjangkakan yang ketahanan bateri untuk siri iPhone 15 akan lebih baik dari model sebelumnya. Kita juga mungkin akan melihat iPhone dengan kapasiti bateri 5000mAh pada masa akan datang.


(Sumber)