Spesifikasi Google Pixel 8 Pro tertiris - FUZZ.MY

Wednesday, July 19, 2023

Spesifikasi Google Pixel 8 Pro tertiris



Google dijangka akan membawakan beberapa peningkatan pada generasi Google Pixel yang seterusnya. Berikutan dari itu, terdapat laporan terbaru yang mendedahkan spesifikasi Google Pixel 8 Pro yang juga model paling premium dalam siri tersebut.


 

Menurut laporan, Google Pixel 8 Pro dijangka akan hadir dengan skrin QHD+ OLED bersaiz 6.7-inci bersama paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Google Tensor G3 yang dipadankan dengan 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Dimuatkan dengan bateri 4950mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 27W.


Untuk fotografi, ia dijangka akan hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 64 ultra lebar + 48MP telefoto dan swafoto 11MP. Terdapat laporan lain menyatakan peranti ini akan menggunakan sensor terbaru iaitu Samsung ISOCELL GN2 utama , Sony IMX787 ultra lebar dan ISOCELL GM5 telefoto.


Spesifikasi lain yang mungkin akan hadir adalah seperti pengimbas cap jari ultrasonik, penderia suhu inframerah dan akan menjalankan Android 14. Siri Google Pixel 8 dijangka akan dilancarkan sekitar Oktober 2023.


(Sumber)