Starlink akan tawar perkhidmatan rangkaian satelit di Malaysia - FUZZ.MY

Friday, July 21, 2023

Starlink akan tawar perkhidmatan rangkaian satelit di Malaysia

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil telah menyerahkan Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian kepada wakil Starlink. Sekaligus, membolehkan syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan rangkaian satelit di Malaysia.


 

Buat yang tidak mengetahui, Starlink adalah penyedia perkhidmatan rangkaian satelit di bawah SpaceX yang dikendalikan oleh Elon Musk. Melaluinya, ia menawarkan capaian internet yang lebih pantas dan lebih luas yang memberikan kelebihan di kawasan pendalaman. 


Untuk permulaan, Starlink akan memfokuskan perkhidmatan mereka di Institusi Penggajian Tinggi (IPT) dan sekolah, sebelum diperluaskan kepada lebih banyak kawasan.


Kerajaan turut bersedia untuk bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet satelit termasuklah Starlink untuk mencapai 100% kawasan berpenduduk.


Pada ketika ini, hanya 3% kawasan yang tidak mempunyai capaian rangkaian berikutan dari masalah geografik. Sementara, 97% lagi adalah kawasan yang mempunyai capaian rangkain.