Close

Tesla Model 3 recon boleh dibeli dengan harga bawah RM150K – Model Y bawah RM200K

Umum sedia maklum Tesla telahpun kongsikan harga rasmi Model Y di pasaran Malaysia yang bermula RM199K untuk Standard dan mencecah RM288K untuk Performance dengan beberapa pilihan untuk penambahan ciri.

Dalam masa yang sama, jika anda buka aplikasi Mudah.my sekarang. Dapat lihat bermula 15 Julai, harga untuk Tesla Model 3 dijual sekitar RM149K sahaja untuk unit recon dan untuk Model Y hanya sekitar RM199K sahaja, lebih kurang seperti harga baru varian Standard.

Kami jangkakan harga Tesla yang terpakai dan recon akan menghadapi penurunan lagi sedikit demi sedikit, namun tidak terlalu mendadak dari harga yang sudahpun turun sekarang. Sekurang-kurangnya 10% ke 15% lagi dalam masa mendatang. 

Ini mungkin akan menjadi alternatif kepada pembeli yang meminati kereta elektrik Tesla dengan harga lebih mampu milik berbanding baru dan sudahpun ada stok yang tersedia tanpa perlu tempahan yang lama.

ARTIKEL BERKAITAN