Tesla mulakan pengeluaran Cybertruck di Giga Texas - FUZZ.MY

Tuesday, July 18, 2023

Tesla mulakan pengeluaran Cybertruck di Giga Texas



Tesla mengumumkan yang mereka telahpun memulakan pengeluaran Cybertruck pertama di Giga Texas, yang merujuk kepada lokasi kilang dan juga ibu pejabat baharu Tesla di Austin.


 

Dalam masa yang sama, Tesla turut memberikan maklumat baru mengenai garis masa pengeluaran dan penghantaran Cybertruck. Menurut Tesla, pengeluaran Cybertruck akan bermula sekitar Ogos dan penghantaran pula akan bermula sekitar September. 


 

Dengan pengumuman garis masa baru ini, kita mungkin boleh menjangkakan yang Cybertruck mungkin akan memasuki proses penghantaran yang lebih awal dari jangkaan.


Tesla Cybertruck telahpun dilancarkan pada tahun 2019, merupakan sebuah trak pikap yang dijana dengan kuasa elektrik.