Xiaomi MIX Fold 3 akan dilancarkan pada Ogos ini - FUZZ.MY

Monday, July 31, 2023

Xiaomi MIX Fold 3 akan dilancarkan pada Ogos ini



CEO dan juga pengasas kepada Xiaomi iaitu Lei Jun, secara rasmi mengesahkan yang syarikat tersebut akan melancarkan generasi baharu peranti boleh-lipat pada Ogos ini melalui model Xiaomi MIX Fold 3.


 

Selain itu, beliau turut menyatakan yang Xiaomi MIX Fold 3 akan tampil dengan kemampuan kamera yang lebih baik, selepas berjaya menyelesaikan beberapa perkara untuk membawakan keupayaan pengimejan yang luar biasa.



Xiaomi MIX Fold 3 akan menjadi peranti boleh-lipat terawal yang hadir dengan tetapan 4 kamera belakang bersama dengan penjenamaan Leica. Sekaligus, menjanjikan hasil pengimejan yang lebih baik melaluinya.


Namun begitu, Xiaomi tidak mendedahkan sebarang tarikh yang lebih terperinci mengenai pelancaran Xiaomi MIX Fold 3. Kami menjangkakan peranti ini mungkin akan dilancarkan pada pertengahan atau penghujung Ogos ini.