Close

Apple bagi amaran jangan tidur sambil cas bawah bantal – Ini sebabnya…

Pihak Apple telah mengeluarkan amaran baharu berkaitan keselamatan yang melarang pengguna untuk tidur berdekatan dengan iPhone yang sedang dicas.

Arahan keselamatan tersebut dikeluarkan kerana pengguna mungkin akan terdedah dengan risiko kebakaran, kecederaan atau renjatan elektrik sekiranya tidur atau duduk di atas kabel pengecas yang disambung dengan sumber kuasa. 

Apple juga melarang untuk meletakkan peranti yang sedang dicas di bawah bantal, selimut atau pada mana-mana bahagian badan. Dalam masa yang sama, Apple turut menasihatkan pengguna untuk mengelakkan kabel pengecasan bersentuh dengan kulit dalam jangka masa yang panjang ketika sedang dicas.

iPhone mempunyai pelbagai komponen elektronik yang sensitif sekaligus boleh menyebabkan kecederaan atau ketidakselesaan. Selain itu, menggunakan iPhone dengan skrin yang retak juga boleh menyebabkan kecederaan. Apple turut meminta pengguna untuk mengendalikan peranti dengan lebih berhati-hati.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN