BMW i4 eDrive35 2023 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM258K - FUZZ.MY

Tuesday, August 1, 2023

BMW i4 eDrive35 2023 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM258K


BMW Malaysia kini sedia untuk menawarkan EV baharu untuk pasaran tempatan melalui BMW i4 eDrive35 2023. Model ini ditawarkan dalam dua pilihan iaitu BMW i4 eDrive35 dan BMW i4 eDrive35 M Sport.



Kedua-dua model ini dilengkapi dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang dengan kuasa 210 kW dan tork 400 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 6 saat dengan kelajuan maksimum 190 km/j.



Dimuatkan dengan bateri 70.2 kWh yang mampu bergerak sejauh 483 km (WLTP) dengan sekali cas. Menyokong pengecasan pantas DC pada 180kW dan pengecasan AC pada 11kW.



Dari segi rekaan, BMW i4 eDrive35 hadir dengan reka bentuk yang progresif, aerodinamik dan elegan. Namun, sekiranya anda suka rekaan yang lebih sporty, BMW i4 eDrive35 M Sport adalah pilihan yang lebih baik.


Untuk harga jualan, BMW i4 eDrive35 dijual pada harga RM258,210 dan BMW i4 eDrive M Sport pula dijual pada harga RM284,210. Kedua-dua harga jualan tidak termasuk dengan cukai. Untuk maklumat lanjut mengenai BMW i4 eDrive35, boleh layari laman web rasmi BMW Malaysia.