Fungsi Audio Magic Eraser mungkin akan diperkenalkan pada Google Pixel 8 - FUZZ.MY

Monday, August 14, 2023

Fungsi Audio Magic Eraser mungkin akan diperkenalkan pada Google Pixel 8



Siri Google Pixel 8 bukan sahaja akan hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi yang lebih baik tetapi, ia juga dijangka hadir dengan satu fungsi baharu yang sangat menarik iaitu Audio Magic Eraser.


 

Secara asasnya, Audio Magic Eraser adalah sama seperti Magic Eraser, buang atau padam perkara yang tidak diingini oleh pengguna. Yang mana, Magic Eraser digunakan pada imej manakala, Audio Magic Eraser pula pada video.



Berdasarkan dari video yang dikongsi, telah memperlihatkan bagaimana fungsi tersebut berjaya mengasingkan bunyi latar dan bunyi suara selepas dianalisis. Seterusnya, pengguna boleh menetapkan tahap bunyi latar atau hanya meninggalkan bunyi suara sahaja. 



Seperti Magic Eraser, Audio Magic Eraser ini turut menggunakan keupayaan kecerdasan buatan (AI) untuk menganalisis bunyi.


Namun begitu, tidak dapat dipastikan mengenai tahap keberkesanan fungsi ini dan juga ketersediaan kepada peranti Google Pixel yang lain atau eksklusif pada Google Pixel 8 sahaja.


(Sumber)