iPhone 15 Pro dilaporkan akan dilengkapi dengan 6GB RAM bukan 8GB RAM - FUZZ.MY

Friday, August 11, 2023

iPhone 15 Pro dilaporkan akan dilengkapi dengan 6GB RAM bukan 8GB RAM


Apple dijangka akan mengumumkan siri iPhone 15 pada bulan hadapan. Seperti kebiasaan, versi Pro akan ditawarkan dengan spesifikasi yang lebih berkuasa berbanding versi Standard.


 

Terbaru, terdapat laporan mendedahkan yang iPhone 15 Pro hanya akan dilengkapi dengan 6GB RAM dan bukannya 8GB RAM. Berbeza dengan laporan sebelum ini. yang menyatakan iPhone 15 Pro akan menjadi iPhone pertama dengan 8GB RAM. Apple dijangka akan menggunakan dua pengeluar iaitu Samsung dan Micron untuk menghasilkan RAM iPhone 15 Pro.


Selain itu, iPhone 15 Pro dijangka akan dilengkapi dengan cip terbaru dari Apple iaitu cip A17 Bionic yang dihasilkan dengan teknologi 3nm dari TSMC. Cip ini menggunakan konfigurasi 6 teras dengan teras tertinggi pada 3.7GHz yang dipadankan dengan GPU dengan konfigurasi yang sama 6 teras.


Tidak dapat dipastikan mengapa Apple masih lagi menggunakan konfigurasi RAM dan cip yang sama iaitu 6GB RAM dan cip 6 teras. Laporan sebelum ini, menyatakan yang iPhone 15 Pro berkemungkinan hadir dengan 8GB RAM dan cip 8 teras.