Seorang Jurutera berjaya hasilkan AirPods Pro versi lutsinar - FUZZ.MY

Friday, August 25, 2023

Seorang Jurutera berjaya hasilkan AirPods Pro versi lutsinar


Selepas berjaya mengubahsuai sebuah iPhone X dari pengecasan Lightning kepada pengecasan USB-CKen Pillonel, sekali lagi berjaya mencipta sensasi selepas berjaya mengubahsuai AirPods Pro menjadi lutsinar.



Dengan kejayaan tersebut, Ken Pillonel telah berkongsi sebuah video yang berdurasi 3 minit 45 saat yang menunjukkan bagaimana proses tersebut dilakukan. Ia bukanlah satu proses yang mudah memerlukan kemahiran yang tinggi dan juga kerja tangan yang terperinci.



Selain mengubahsuai AirPods Pro menjadi lutsinar, Ken turut menukar pengecasan AirPods Pro dari pengecasan Lightning kepada pengesan USB-C. Pada akhir video, Ken telah memperlihatkan yang AirPods Pro tersebut boleh digunakan seperti biasa tanpa sebarang masalah.



Selain itu, Ken turut berkongsi langkah penuh penghasilan AirPods Pro lutsinar sekiranya terdapat pengguna yang berminat untuk melakukannya.


(Sumber)