Kampung Orang Asli Hulu Kemensah adalah lokasi kedua Starlink di Malaysia - FUZZ.MY

Friday, August 11, 2023

Kampung Orang Asli Hulu Kemensah adalah lokasi kedua Starlink di Malaysia



Selepas UiTM Kuala Pilah dipilih menjadi lokasi pertama Starlink di Malaysia, Kampung Orang Asli Hulu Kemensah pula dipilih sebagai lokasi kedua yang menerima perkhidmatan tersebut di Malaysia.


 

Berikutan dari itu, 135 penduduk Kampung Orang Asli Hulu Kemensah kini boleh menikmati kualti rangkaian yang lebih baik dengan bantuan perkhidmatan rangkain internet satelit dari Starlink. Dengan adanya perkhidmatan ini, ia dapat membantu penduduk setempat untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan dunia luar dengan lebih baik.


Dalam masa yang sama, Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk melaksanakan penyelesaian jangka masa panjang seperti pembinaan menara dan juga pemasangan gentian optik.


Beliau turut menyatakan yang matlamat kerajaan pada ketika ini masih lagi sama, iaitu memberi keutamaan kepada baki 3% kawasan berpenduduk yang masih tiada capaian rangkaian.