Close

Pakej 5G RAHMAH dilancarkan – Data 60GB pada harga RM60 dengan kontrak 24 bulan


Selepas diumumkan pada awal bulan lalu, pakej 5G RAHMAH secara rasmi telahpun dilancar pada hari ini. Sekaligus membolehkan rakyat Malaysia menikmati rangkaian 5G dengan harga lebih mampu milik.

Pakej 5G RAHMAH ini ditawarkan pada harga RM60 dengan kuota internet sebanyak 60GB. Pakej ini tersedia untuk semua rakyat Malaysia dan didatangkan dengan kontrak selama 24 bulan. Terdapat 5 syarikat telekomunikasi yang akan menawarkan pakej ini iaitu CelcomDigi, Unifi Mobile, YES 5G, Maxis dan U Mobile.



Selain itu, rakyat juga layak untuk membeli telefon pintar 5G yang bernilai RM1099 pada harga RM240 sahaja. Antara model yang ditawarkan buat masa ini adalah, HONOR 90 Lite 5G dan Samsung Galaxy A14 5G. Kedua-dua model ini didatangkan dengan jaminan selama 2 tahun.


Bagi kategori B40, untuk 100,000 pendaftaran pertama, layak untuk membeli peranti dengan rangkaian 5G pada harga RM120 yang turut didatangkan dengan kontrak pelan selama 24 bulan. Selain itu, kerajaan turut memberikan rebat RM10 setiap bulan kepada penjawat awam yang telah melanggan mana-mana pelan pascabayar sedia ada. 


Pakej 5G RAHMAH ini akan mula ditawarkan bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2023. Syarikat telekomunikasi terpilih dijangka akan mengumumkan maklumat lanjut mengenai pakej 5G RAHMAH dalam masa terdekat.


ARTIKEL BERKAITAN