Pengguna WhatsApp kini boleh menghantar imej pada resolusi HD - FUZZ.MY

Friday, August 18, 2023

Pengguna WhatsApp kini boleh menghantar imej pada resolusi HD



Fungsi yang ditunggu-tunggu oleh pengguna WhatsApp kini telahpun tiba. Fungsi yang dimaksudkan adalah fungsi yang membolehkan imej dihantar pada resolusi tinggi (HD).


 

Melalui fungsi ini, pengguna kini mempunyai pilihan untuk menghantar imej pada HD Quality (HD) atau Standard Quality (SD). Fungsi ini tidak ditetapkan secara automatik, pengguna perlu memilih pada bar suntingan.



Sekiranya fungsi ini telah tersedia, pengguna boleh melihat pilihan HD pada bahagian atas suntingan. Selain itu, imej yang dihantar pada resolusi tinggi akan terdapat perkataan HD. Fungsi ini telahpun tersedia untuk semua pengguna Android dan iOS, dilepaskan secara berperingkat. 


Selain imej, WhatsApp dilaporkan bakal hadir dengan fungsi yang membolehkan pengguna menghantar video pada resolusi tinggi (HD).