Samsung dilaporkan akan menggunakan skrin jenis rata pada Galaxy S24 Ultra - FUZZ.MY

Wednesday, August 23, 2023

Samsung dilaporkan akan menggunakan skrin jenis rata pada Galaxy S24 Ultra


Samsung dijangka akan membawakan perubahan yang lebih ketara pada Galaxy S24 Ultra. Antara perubahan yang dijangka akan dibawakan adalah seperti rekaan yang lebih menarik, kamera yang dipertingkat dan spesifikasi yang lebih baik.


Terbaru, Samsung dilaporkan tidak lagi akan menggunakan skrin jenis melengkung pada Galaxy S24 Ultra sebaliknya akan mula menggunakan skrin jenis rata. Penggunaan skrin jenis rata dilihat lebih ergonomik berbanding skrin jenis melengkung.

Selain menggunakan skrin jenis melengkung, Samsung turut dikatakan akan menggunakan bahan binaan Titanium yang lebih lasak dan lebih ringan.


Samsung mula menggunakan skrin jenis melengkung pada 2014 melalui model Galaxy Note Edge. Selepas itu, semua model andalan Samsung ditawarkan dengan skrin jenis melengkung.