Samsung mungkin akan hadir dengan kamera 440MP - FUZZ.MY

Tuesday, August 22, 2023

Samsung mungkin akan hadir dengan kamera 440MP



Telefon pintar dengan sensor kamera 200MP adalah suatu perkara yang biasa pada ketika ini. Namun, kita mungkin akan melihat sensor kamera yang lebih besar pada telefon pintar pada masa akan datang.


 

Berdasarkan dari laporan terbaru, Samsung dilaporkan bakal hadir dengan empat sensor kamera baharu iaitu 50MP GN6, 200MP HP7, sensor 320MP dan 440MP HU1. Untuk sensor 50MP GN6, ia dikatakan akan hadir dengan sensor sebesar 1-inci dan akan digunakan oleh kebanyakan pengeluar di China. 


 

Pada permulaan, Samsung merancang untuk menggunakan kamera 200MP HP7 pada Galaxy S25 Ultra. Kerana sensor ini mempunyai piksel yang lebih besar dan mempunyai kualiti imej yang lebih baik. Namun, kerana kos yang mahal Samsung terpaksa membatalkan rancangan untuk menggunakannya.


Namun begitu, terdapat kemungkinanan yang Samsung mungkin akan menggunakan sensor kamera 320MP pada Galaxy S26 Ultra. Walaubagaimanapun, terdapat laporan menyatakan yang ketiga-tiga kamera tersebut mungkin tidak akan ditawarkan pada peranti Samsung.


Untuk sensor paling besar iaitu 440MP HU1, tidak dapat dipastikan adakah ia akan digunakan pada telefon pintar atau tersedia hanya untuk industri seperti automotif. Pengeluaran besar-besaran sensor kamera ini dijangka akan bermula pada separuh kedua tahun 2024.