Samsung mungkin akan melancarkan Galaxy Z FE – Telefon lipat dengan harga mampu milik - FUZZ.MY

Tuesday, August 22, 2023

Samsung mungkin akan melancarkan Galaxy Z FE – Telefon lipat dengan harga mampu milik



Seperti yang kita tahu, Samsung Galaxy Fan Edition (FE) merupakan model yang ditawarkan dengan harga lebih mampu milik disamping membawakan spesifikasi dan fungsi yang hampir sama seperti peranti andalan.


 

Terbaru, Samsung mungkin akan melancarkan telefon lipat pada harga yang lebih mampu milik melalui model Galaxy Z FE. Seperti siri Galaxy S FE, Galaxy Z FE ini dijangka akan ditawarkan dengan harga lebih mampu berbanding barisan utama Galaxy Z.


Selain ditawarkan dengan harga mampu milik, Galaxy Z FE ini dijangka akan hadir dengan beberapa perubahan spesifikasi yang sesuai dengan harga jualannya. Telefon lipat versi mampu milik ini dijangka akan tiba selepas pelancaran Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 pada tahun depan.