X (Twitter) mula membayar pencipta kandungan untuk iklan yang dipaparkan - FUZZ.MY

Wednesday, August 9, 2023

X (Twitter) mula membayar pencipta kandungan untuk iklan yang dipaparkan



Selepas diumumkan pada Jun yang lalu, X atau dulu dikenali sebagai Twitter kini mula membayar pencipta kandungan untuk iklan yang dipaparkan pada bahagian ruangan balas Post (Tweet).


 

Melalui beberapa perkongsian, terdapat beberapa pencipta kandungan mula menerima pembayaran dari X (Twitter). Pembayaran tersebut diterima berdasarkan dari kandungan iklan yang dipaparkan.



Untuk mula menjana pendapatan (Ads Revenue Sharing) di X, pengguna perlu mematuhi beberapa syarat antaranya adalah perlu melanggan X Premium (Twitter Blue), mempunyai 500 pengikut dan mempunyai 15 juta impression dalam masa 3 bulan.


 

Perubahan ini diilihat akan menjurus kepada lebih banyak perkongsian kandungan dan juga komunikasi dua hala. Bakal meningkatkan penggunaan X dalam masa yang sama pencipta kandungan dapat menjana pendapatan. 

Seperti yang kita tahu, X Premium menawarkan sejumlah fungsi menarik dan sedia ditawarkan untuk pengguna di Malaysia dengan harga langganan RM30.75 sebulan.