Xiaomi MIX Fold 3 akan dilancarkan pada 14 Ogos ini - FUZZ.MY

Thursday, August 10, 2023

Xiaomi MIX Fold 3 akan dilancarkan pada 14 Ogos ini



Peranti boleh-lipat generasi baharu dari Xiaomi iaitu MIX Fold 3 telah dijadualkan akan dilancarkan pada 14 Ogos ini. Melalui poster pelancarannya, terdapat caption “defining a new standard for foldable display” yang menyatakan Xiaomi MIX Fold 3 akan menjadi Standard baru dalam segmen peranti boleh-lipat.


 

Xiaomi MIX Fold 3 dilaporkan akan hadir dengan sejumlah peningkatan dari spesifikasi, teknologi dan fungsi yang lebih baik dari peranti boleh-lipat yang ditawarkan di pasaran ketika ini.



Selain itu, peranti ini akan menjadi peranti boleh-lipat terawal hadir dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan penjenamaan dari Leica bersama sensor periskop. CEO dan juga pengasas kepada Xiaomi iaitu Lei Jun turut menyatakan yang Xiaomi MIX Fold 3 tidak akan mempunyai sebarang kekurangan.


Dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan didedahkan mengenai peranti ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.