Infinix Malaysia secara rasmi melancarkan peranti baharu mereka untuk pasaran tempatan melalui model GT 10 Pro. Peranti ini menfokuskan kepada permainan dan ditawarkan dengan harga jualan yang mampu milik.
Infinix GT 10 Pro hadir dengan rekaan yang unik dan berbeza dari model yang pernah dihasilkan oleh Infinix. Menggunakan rekaan yang lebih menonjol dan terdapat lampu mini LED terbina pada panel belakang yang berkelip apabila mengecas, menerima notifikasi dan sebagainya.
Peranti dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong touch sampling rate pada 320Hz dan kecerahan puncak 900 nits. Dijana dengan cip Dimensity 8050 5G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.