Nokia menjadualkan acara pelancaran peranti baharu pada 6 September ini - FUZZ.MY

Monday, September 4, 2023

Nokia menjadualkan acara pelancaran peranti baharu pada 6 September ini



Nokia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baharu mereka pada 6 September ini di India. Melalui video promosi yang dikongsi, peranti ini akan menyokong rangkaian 5G dan memfokuskan kepada prestasi.


 

Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat terperinci yang didedahkan mengenai rekaan dan spesifikasi yang akan digunakan pada peranti ini. Dengan maklumat yang terhad mengenai peranti ini, ia sedikit sukar untuk menjangkakan apa yang bakal ditawarkan oleh Nokia.


Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan oleh Nokia dari masa ke semasa. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.