Rangkaian 5G di Malaysia kini meliputi 68.8% kawasan berpenduduk - FUZZ.MY

Friday, September 8, 2023

Rangkaian 5G di Malaysia kini meliputi 68.8% kawasan berpenduduk



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil menyatakan yang rangkaian 5G di Malaysia kini telah mencapai 68.8% di kawasan berpenduduk setakat 31 Ogos 2023.


 

Peningkatan liputan rangkaian 5G di Malaysia dilihat seiring dengan usaha kerajaan untuk mencapai 80% liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk menjelang 2024.


Pada ketika ini, semua penyedia telekomunikasi di Malaysia telahpun menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G untuk semua pengguna mereka termasuklah Maxis yang baharu sahaja melancarkan pelan 5G mereka.


Dalam pada itu, beliau turut berkongsi mengenai pelaburan ekonomi digital untuk 6 bulan pertama 2023 menyaksikan peningkatan 300% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022.  


Beliau turut menyatakan yang Malaysia kini berada di landasan yang betul sekaligus dapat meningkatkan potensi pelabur untuk melabur di Malaysia.