Sekiranya anda telah menempah Tesla Model Y dan bertukar fikiran untuk menempah Model 3. Ini berita gembira untuk anda, Tesla Malaysia kini membenarkan pelanggan untuk menukar pra-tempahan dari Model Y kepada Model 3.
Namun begitu, terdapat beberapa langkah dan syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan pelanggan menukar pra-tempahan Model Y kepada Model 3.
Langkah dan syarat untuk menukar tempahan Model Y kepada Model 3 :
- Pelanggan perlu menghantar emel kepada malaysia@tesla.com dengan menyertakan nombor pesanan Tesla Model Y dan nombor pesanan Model 3.
Syarat untuk pemulangan yuran tempahan :
- Tempahan Model Y dibuat sebelum 1 September 2023.
- Tempahan untuk Model 3 telah dibuat.
- Kedua-dua tempahan untuk Model Y dan Model 3 dibuat melalui akaun Tesla yang sama,
- Kedua-dua tempahan mesti dibuat di Malaysia.
- Permohonan pembatalan tempahan perlu dibuat sebelum 15 September 2023.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh diajukan melalui alamat emel malaysia@tesla.com atau talian 1800-81-0655.