Close

Tesla Model 3 kini boleh dipra-tempah di Malaysia dengan harga bermula RM189K

Selepas menawarkan Tesla Model Y di Malaysia. Tesla kini dilihat turut menawarkan satu lagi model iaitu Tesla Model 3 untuk pasaran tempatan. Tampil dengan beberapa perubahan dari segi rekaan dalaman dan luaran berbanding versi awal yang dilancarkan sebelum ini.

Tesla Model 3 ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu pacuan roda belakang (RWD) dan dwi-motor pacuan semua roda (AWD). Untuk Model 3 RWD, ia menawarkan jarak gerak sejauh 513 km (WLTP), kelajuan maksimum 201 km/j dan boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 6.1 saat.


Manakala untuk Model 3 dwi-motor AWD, ia menawarkan jarak gerak sejauh 629 km (WLTP), kelajuan maksimum 201 km/j dan boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 4.4 saat.


Harga jualan untuk Tesla Model 3 bermula dari RM189K untuk RWD dan meningkat kepada RM218K untuk dwi-motor AWD. Tesla turut menawarkan beberapa pilihan warna untuk bahagian dalaman dan luaran serta pilihan rim bersaiz dengan sejumlah penambahan harga untuk setiap pilihan


Selain itu, Model 3 turut hadir dengan beberapa penambahan fungsi seperti Autopilot dengan harga RM16K dan Full Self-Driving (FSD) dengan harga RM32K. Untuk maklumat lanjut mengenai pra-tempahan ini, boleh layari laman web di sini.

ARTIKEL BERKAITAN