Vivo V29 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 20 September ini - FUZZ.MY

Monday, September 11, 2023

Vivo V29 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 20 September ini


Vivo Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti baharu mereka iaitu V29 5G yang akan berlangsung pada 20 September ini. Seperti siri V sebelum ini, V29 5G dijangka akan turut memfokuskan kepada keupayaan kamera potrait.



Berikutan dari itu, Vivo telah berkongsi beberapa maklumat mengenai V29 5G melalui laman web rasmi mereka. Antara maklumat yang dikongsi adalah peranti ini akan hadir dengan reka bentuk yang nipis iaitu sekitar 7.46 mm dan berat 186 gram sahaja. 



Menggunakan skrin AMOLED 120Hz jenis melengkung dan kamera swafoto 50MP yang menyokong keupayaan swafoto berkumpulan. Ia juga akan turut dimuatkan dengan fungsi Aura Potrait 2.0 yang menjanjikan hasil malam yang lebih baik. Selain itu, V29 5G akan ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik iaitu Starry Purple dan Noble Black.



Walaubagaimanapun, Vivo tidak mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada V29 5G. Maklumat terperinci mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.