Close

Samsung Galaxy SmartTag2 kini rasmi di Malaysia – Bateri 700 hari dengan harga RM149

Samsung Malaysia secara rasmi melancarkan peranti penjejakan baharu Galaxy SmartTag2 sebagai pengganti kepada model sedia ada. Merupakan pesaing kepada peranti penjejakan yang ditawarkan oleh Apple iaitu AirTag.

Berbanding model sebelumnya, SmartTag2 menawarkan peningkatan yang lebih baik dari segi sambungan dan juga ketahanan bateri. Dilengkapi dengan Bluetooth 5.3 dan sokongan ultra-wideband (UWB) yang tersedia untuk beberapa peranti Galaxy terpilih.

Selain itu, ia kini turut menyokong jarak penjejakan yang lebih jauh iaitu 120 meter dan ketahanan bateri mencapai sehingga 700 hari untuk mod penjimatan dan 500 untuk mod biasa. Terdapat juga mod hilang yang membolehkan peranti dengan keupayaan NFC melihat maklumat hubungan mengenai SmartTag2.

Mod carian turut ditawarkan yang menggunakan Argumented Reality (AR) lengkap yang memaparkan maklumat anak panah dan jarak. Untuk ketahanan, SmartTag2 ini menyokong penarafan IP67.

Bagi yang berminat, Galaxy SmartTag2 dijual pada harga RM149 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna Putih dan Hitam.

ARTIKEL BERKAITAN