Close

iPhone SE dan iPhone 6S mungkin masih akan menyokong iOS 14

Apple dijangka akan mengadakan acara khas WWDC (Worldwide Developer Conference) sekitar bulan Jun ini jika mengikut dari tahun-tahun sebelum ini. Seperti biasa, pada acara itu Apple akan memperkenalkan perisian versi terbaharu buat produk mereka termasuk iPhone, iPad, Mac dan lain-lain.

Menerusi ura-ura terkini, Apple dijangka akan melancarkan iOS 14 dan memberi sokongan pada semua model iPhone yang masih menyokong iOS 13. Model tersebut adalah :

  • iPhone SE
  • iPhone 6S/Plus
  • iPhone 7/Plus
  • iPhone 8/Plus
  • iPhone X
  • iPhone Xr
  • iPhone Xs/Max
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro/Max
Apple juga dijangkakan akan melancarkan iPhone 9 (SE 2) sekitar bulan Mac ini yang juga akan menyokong iOS 14. Jika benar, ia satu berita baik buat pengguna iPhone SE dan iPhone 6S kerana masih akan dapat merasa fungsi baharu yang ada pada iOS 14.
Namun, saya menjangkakan iOS 14 kali ini akan mendapat kemaskini yang minor (sedikit) jika dibandingkan dari iOS 12 ke 13 yang mempunyai kemaskini major. Apa pun, harapnya ia memberi prestasi lebih baik berbanding iOS 13 yang banyak menerima kritikan kerana pepijat (bugs).

ARTIKEL BERKAITAN