Merujuk pada gambar, dapat dilihat rekaan kamera yang digunakan berbeza dari Pixel 4, mempunyai dahi skrin yang lebih nipis dan khabarnya ia masih mengekalkan sistem Soli Radar pada bahagian kamera hadapan. Namun ia masih mengekalkan identiti rekaan seperti Pixel 4.
Dalam pada itu, terdapat juga laporan bahawa Google mungkin akan memperkenalkan peranti kelas pertengahan kedua mereka iaitu Pixel 4a dan Pixel 4a XL, pengganti kepada Pixel 3a yang dijangka akan dilancarkan pada acara khas Google I/O pada bulan Mei ini bersama perkenalan lebih terhadap Android 11.