Close

Rawatan eksperimen coronavirus pada manusia sedang diuji di Amerika Syarikat

Wabak coronavirus COVID-19 telah menyebabkan lebih 80,000 jangkitan dan membunuh 2,770 manusia di seluruh dunia. Dari jumlah yang dicatatkan, ia sememangnya satu perkara yang merisaukan masyarakat umum.

Dalam percubaan makmal, antivirus remdesivir telah menyekat aktiviti sel coronavirus, yang juga berkesan pada MERS dan SARS yang juga dalam kelompok corovanirus didalam sel. Namun ia belum pernah diuji terhadap penyakit-penyakit tertentu pada manusia.

Kini penyelidik di Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan ujian klinikal untuk rawatan COVID-19. Percubaan klinikal untuk menilai keselamatan dan keberkesanan rawatan antivirus remdesivir pada orang dewasa yang didiagnosis dengan coronavirus bermula di Pusat Perubatan Universiti Nebraska di Omaha, kata Institut Kesihatan Kebangsaan.

Sebilangan kecil pesakit COVID-19, termasuk pesakit AS yang pertama telah diberi ubat yang membolehkan doktor memberi ubat eksperimen kepada pesakit apabila tiada pilihan lain. Rawatan itu kelihatan membantu dalam beberapa kes tersebut.

Tetapi ia memerlukan percubaan klinikal seperti yang sedang dijalankan bagi para pakar untuk mengetahui sama ada ia benar-benar berfungsi.

Buat masa ini, keputusan percubaan antivirus remdesivir di China akan dapat diketahui sekitar bulan April ini. Malah, pasukan penyelidikan dan syarikat farmaseutikal juga sedang berusaha untuk mencipta vaksin untuk coronavirus terbaru ini.

Akan tetapi, proses itu akan mengambil masa yang lebih lama. Paling cepat sekalipun dalam masa 1 tahun ke 18 bulan, menurut pakar.

(Sumber 1, 2)

ARTIKEL BERKAITAN