Close

Kurangkan risiko akaun media sosial anda digodam dengan cara ini

Akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain kin adalah satu perkara yang penting kerana banyak maklumat peribadi, lebih-lebih lagi buat pengguna yang banyak pengikut dan gunakannya sebagai punca pendapatan.

Oleh itu, saya kongsikan cara untuk anda kurangkan risiko akaun media sosial anda digodam (hack) oleh pihak lain. Berikut adalah caranya :

1. Instagram : Pergi ke bahagian Setting > Security > Two-factor authentication > Text Message > Masukkan no telefon dan turn on. Jika ada sebarang percubaan untuk login, Instagram akan bagi mesej seperti TAC terlebih dahulu (seperti TAC perbankan).

Jadi, anda akan tahu sama jika ada sesiapa yang mencuba untuk masuk akaun Instagram anda dan mereka sukar untuk melepasi kerana TAC dihantar melalui nombor fon anda sahaja.

2. Twitter : Sama seperti Instagram. Pergi ke bahagian setting > Account > Security > Two-factor authentication > Text Message > Masukkan no telefon & turn on fungsi berikut. Juga akan menghantar mesej TAC juga jika ada percubaan untuk login.

3. Google/YouTube : Log masuk akaun Google anda, pergi ke bahagian Security > Signing in to Google > Text Message > Masukkan no telefon & turn on. Juga akan menghantar mesej ke nombor yang anda daftarkan.

Lihat di senarai ‘secure account’, sama ada semua security checkup dijamin selamat atau tidak.

Elakkan bagi akses sesuka hati pada aplikasi pihak ke-3.

4. Facebook : Pergi ke bahagian Setting > Security and login > Two-factor authentication > masukkan no dan turn on.

Terdapat juga senarai fon/laptop yang pernah anda log in Facebook di bahagian ‘where you’re logged in’. Jika fon/laptop tu dah tak guna, boleh remove. Sama juga dengan Google.

5. Elakkan pishing email : Ini yang paling ramai kena. Konon media sosial anda perlu ditukar password ada orang lain login dan sebagainya.

Ini semua adalah taktik scam. Jangan sesekali tertipu dengan pishing email. Contoh pishing email di pautan ini.

ARTIKEL BERKAITAN