Close

Tiada EarPods dan pengecasan dalam kotak jualan iPhone 12 – Hanya kabel sahaja yang disertakan

Ura-ura dan maklumat tertiris tentang siri iPhone 12 terus berlegar sementara kita hampir dengan pelancaran rasminya yang dilaporkan pada 13 Oktober kelak. Jika sebelum ini kita sudah dengar Apple tidak akan menyertakan pengecasan dan EarPods dalam kotak jualan untuk iPhone 12 kerana alasan tertentu.

Kini terdapat laporan dari MacRumors telah menjumpai kod dalam iOS 14.2 yang menguatkan lagi ura-ura tersebut bahawa Apple tidak menyertakan pengecasan dan EarPods dalam kotak jualan, namun Apple mungkin akan sertakan kabel USB-C ke Lightning yang telah diperbaharui, berbeza dari yang anda pernah dapat dari iPhone 11 Pro.

Jika mengikut penganalisa Ming-Chi Kuo, Apple tidak sertakan EarPods adalah mungkin disebabkan Apple ingin merancang untuk mengurangkan kos keluaran iPhone 12 disebabkan oleh terdapat rangkaian 5G dan menggalakkan pembeli untuk turut membeli AirPods.

Perkara ini buka satu yang mengejutkan kerana Apple telahpun membuang pengecasan dalam kotak jualan Apple Watch Series 6 dan hanya sertakan kabel sahaja. Jadi, untuk iPhone 12 mungkin perkara yang sama juga boleh berlaku. Untuk ketahui antara sebab kenapa Apple tidak sertakan pengecasan, boleh tonton video di pautan ini.

Maklumat terkini tentang siri iPhone 12, tonton video :

ARTIKEL BERKAITAN