Close

Penganjur aktiviti ‘rope swing’ di Kuala Kubu Bharu tiada permit sejak 2017

Baru-baru ini anda mungkin pernah dengar kejadian ngeri yang melibatkan peserta aktiviti rope swing di Kuala Kubu Bharu yang telah menyebabkan salah seorang peserta bernama Siti Halijah terjatuh selepas melakukan terjunan dan mengalami kecedaraan patah tulang belakang.

Dalam laporan yang dikongsikan oleh Selangor Kini mengatakan bahawa penganjur aktiviti tersebut tiada permit sejak tahun 2017. EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman memaklumkan bahawa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan permit pada penganjur.

Tambahan lagi, pihak penganjur juga pernah mendapat arahan polis untuk menghentikan operasi itu, tetapi gagal mematuhi arahan pihak polis dan masih meneruskan aktiviti berikut. Ekoran dengan kejadian yang baru sahaja berlaku, MDHS telah mengeluarkan notis untuk menghentikan aktiviti berkenaan dan mengosongkan kawasan berkenaan.

Aktiviti tersebut hanya akan dibenarkan sehingga pihak berkuasa tempatan mengkaji serta meluluskan peraturan berkaitan di bawah sub program pemurnian pelancongan Selangor. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN