Close

Xiaomi menafikan dakwaan tentang kerjasama dengan Syarikat Ketenteraan Komunis China

Pagi tadi kita telah dikejutkan dengan berita antara syarikat elektronik terbesar di China iaitu Xiaomi telah disenarai hitam oleh Pentadbiran Trump yang memberi kesan kepada sekatan pelaburan dari pelabur di Amerika Syarikat. Berbeza dari sekatan yang dikenakan pada Huawei.
Berhubung isu tersebut, pihak Xiaomi telah memberi maklum balas bahawa syarikat itu menafikan dakwaan tentang dikawal, dimilik atau bersekutu oleh Syarikat Ketenteraan Komunis China. Maknanya, apa yang didakwa oleh Pentadbiran Trump itu adalah tidak benar.
Xiaomi juga menambah yang mereka akan membuat kenyataan lanjut tentang isu ini.

ARTIKEL BERKAITAN