Xiaomi telah disenarai hitam oleh Pentadbiran Trump dan pelaburan akan disekat - FUZZ.MY

Friday, January 15, 2021

Xiaomi telah disenarai hitam oleh Pentadbiran Trump dan pelaburan akan disekat


Jika sebelum ini, kita sudah dengar nasib yang dihadapi oleh Huawei yang telah disenarai hitam oleh Pentadbiran Trump. Tiada lagi sokongan perkhidmatan Google pada peranti Huawei dan kesukaran mereka untuk meyakinkan pengguna secara global.

Mengikut tarikh, hanya berbaki 6 hari sahaja Donald Trump sebagai Presiden di Amerika Syarikat (AS). Namun, beliau telah bertindak lagi apabila telah memilih syarikat elektronik terbesar di China iaitu Xiaomi sebagai entiti yang disenarai hitam oleh Pentadbiran Trump.

Terdapat 8 firma lain dari China termasuk Xiaomi telah didakwa terlibat dengan Ketenteraan Komunis China. Berdasarkan laporan, pelabur dari Amerika perlu melepaskan pegangan mereka di setiap firma yang telah disenarai hitam pada 11 November 2021.