Selain dari POCO X3 Pro, POCO juga turut memperkenalkan POCO F3 yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 870, rangkaian 5G, UFS 3.1, pilihan memori 6GB atau 8GB RAM dan pilihan storan 128GB atau 256GB.
Yang lebih menarik dengan POCO F3, ia didatangkan dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci bersama ketahanan Gorilla Glass 5, menyokong HDR10+ dan paparan segar semula 120Hz.
Pada bahagian lain, POCO F3 dibekalkan dengan bateri sebesar 4520mAh bersama pengecasan 33W, pembesar suara stereo, pengimbas cap jari di butang kuasa, kuad kamera 48MP utama, 8MP ultra sudut lebar, 5MP makro dan 20MP swafoto.